KUALA LUMPUR - Majlis Permuafakatan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) meminta pihak sekolah agar tidak
memotong wang bantuan khas awal persekolahan RM100 yang diberikan Kementerian
Pendidikan.
Presidennya, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, perkara itu dilakukan sebelum ini antaranya bagi pembayaran yuran PIBG dan kos lain yang ditanggung pihak sekolah.
Presidennya, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, perkara itu dilakukan sebelum ini antaranya bagi pembayaran yuran PIBG dan kos lain yang ditanggung pihak sekolah.
"Namun kali ini wang itu adalah
lebih untuk meringankan ibu bapa terutama bagi yang terlibat dengan banjir
sehingga mereka tidak dapat menyediakan pakaian dan peralatan sekolah anak-anak
mereka," katanya.
Beliau diminta mengulas saranan Menteri
Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan agar pihak sekolah di negeri
itu tidak memotong wang tersebut.
Kementerian Pendidikan juga dilapor
menerima maklumat terdapat sekolah yang tidak menyerahkan bantuan khas itu
kepada pelajar mereka.
Mohamad Ali berkata, pihak sekolah harus
fleksibel bukan sahaja disebabkan oleh masalah banjir tetapi fakor lain seperti
kenaikan kos sara hidup semasa.
"Yuran PIBG juga perlu dikecualikan
di sekolah yang pelajar terbabit dengan banjir," tambahnya.
Sementara itu Presiden Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan meminta ibu
bapa agar memastikan buku teks pinjaman anak mereka tidak hilang.
"Ini kerana saya menerima rungutan
dari pihak sekolah bahawa mereka menghadapi masalah kewangan bagi menggantikan
buku teks yang hilang atau rosak sehingga terpaksa membuat potongan ke atas
wang bantuan," katanya.
Beliau berpendapat yuran PIBG perlu
dikekal dengan kadarnya ditetapkan mengikut kesesuaian semasa.
"Hasil kutipan yuran PIBG akan
digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti pihak sekolah membuat bayaran bagi
penceramah yang dijemput bagi memberi motivasi atau tips menghadapi peperiksaan
kepada pelajar, katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan