Jumaat, 6 Februari 2015

Puteri cadang yuran PIBG ditanggung kerajaan


KUALA LUMPUR 6 Jan. – Pergerakan Puteri UMNO hari ini mencadangkan agar kerajaan menanggung sepenuhnya yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) anak mangsa-mangsa yang terjejas banjir bagi meringankan bebanan ibu bapa mereka.

Ketuanya, Datuk Mas Ermie-yati Samsudin berkata, langkah melegakan itu membolehkan peruntukan wang yang dikhaskan untuk membayar yuran PIBG dapat digunakan bagi memenuhi keperluan lain yang lebih mendesak selepas bencana berakhir.

“Jika yuran PIBG sekadar ditangguhkan, ibu bapa terutama mereka yang mempunyai anak yang ramai tetap menanggung bebanan itu dan tidak mampu untuk membayar pada bulan-bulan akan datang berikutan situasi sukar yang dihadapi dalam membina kehidupan baharu selepas kehilangan rumah dan harta benda akibat banjir.

Isnin, 2 Februari 2015

Peranan PIBG dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.

Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Banyak salah faham yang timbul antara kedua-dua belah pihak apabila berlakunya kejadian salah laku di kalangan pelajar.

Kebanyakan ibu bapa lebih percaya akan kata-kata dan acuman anak-anak berbanding fakta sebenar daripada pihak guru. Bertolak dari situlah mereka mulai memandang serong kepada guru. Guru sering kali disalahkan untuk segala yang berlaku di sekolah. Ini termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin di kalangan pelajar.

Ahad, 1 Februari 2015

Hukuman rotan perlu dididik, disiplinkan pelajar

KUALA LUMPUR - Hukuman merotan di sekolah perlu bagi mendidik dan mendisiplinkan pelajar, namun ia harus dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, tanpa hukuman rotan, pelajar yang nakal dan tidak berdisiplin sukar untuk dikawal dan boleh menjejaskan pembelajaran pelajar lain.
"Ada segelintir pelajar sangat degil, dia tidak mahu belajar, macam mana cara pun nak bimbing dia, dia tak mahu, menyebabkan pelajar lain tidak boleh belajar dan untuk itu, hukuman merotan adalah perlu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sabtu, 31 Januari 2015

Pelajar boleh tangguh bayar buku, yuran PIBG


KUANTAN - Pelajar yang terjejas dengan banjir diberi kelonggaran untuk menangguhkan pembayaran buku sekolah dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah masing-masing, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching.

"Pelajar terbabit boleh menangguhkan bayaran itu dan ia boleh dijelaskan kemudian.

Pihak sekolah tetap akan memberi buku-buku yang diperlukan itu terlebih dahulu kepada pelajar terbabit khususnya di daerah terjejas untuk kegunaan sesi awal pembelajaran mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PIBGN minta tidak potong bantuan persekolahan


KUALA LUMPUR - Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) meminta pihak sekolah agar tidak memotong wang bantuan khas awal persekolahan RM100 yang diberikan Kementerian Pendidikan.

Presidennya, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, perkara itu dilakukan sebelum ini antaranya bagi pembayaran yuran PIBG dan kos lain yang ditanggung pihak sekolah.

"Namun kali ini wang itu adalah lebih untuk meringankan ibu bapa terutama bagi yang terlibat dengan banjir sehingga mereka tidak dapat menyediakan pakaian dan peralatan sekolah anak-anak mereka," katanya.

Jumaat, 30 Januari 2015

PERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG)



PENGENALAN

Peranan ibubapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sangat penting. Ini kerana bekerjasama daripada ibubapa dengan guru telah membawa banyak faedah dan kebaikan.

Antara faedah dan kebaikan yang dinyatakan adalah seperti membantu guru dengan lebih memahami tentang perkara kejiranan iaitu hubungan antara ibubapa, masyarakat dan sekolah. Selain itu, juga dapat menolong guru dalam mengurangkan klonflik dan ketegangan antara guru dengan ibubapa. Justeru itu, peranan ibubapa dalam PIBG dapat mewujudkan satu demokratik yang dapat mengawal pendidikan pada peringkat asas.

Tapi, kebaikan dan faedah yang dinyatakan tadi adalah secara sampingan sahaja.  Sebenarnya, peranan ibubapa dalam PIBG adalah untuk membantu pelajar-pelajar supaya dapat membelajari dengan lebih baik.

Menurut pencapaian pelajar lebih bermakna apabila kaum keluarga mereka juga turut berperanan dan melibatkan diri dalam mencapai kejayaan anak-anak mereka.

Khamis, 29 Januari 2015

DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)



BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN


BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN


01 January 2012
 The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system

 The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians

 Our real work will begin as we make the transformation of government services happen 

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

1 MURID 1 SUKAN


MURID / PELAJAR


PELAJARAN RENDAH
Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.
Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.
Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Ujian tersebut menguji:-
  • Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Penguasaan kemahiran matematik
  • Penguasaan konsep sains
TAHAP 1 - Tahun 1 - 3
PRASEKOLAH
Komponen:
1.  Bahasa dan Komunikasi
2.  Perkembangan Kognitif
3.  Kerohanian dan Moral
4.  Perkembangan Sosioemosi
5.  Perkembangan Fizikal
6.  Kreativiti dan Estatik
SEKOLAH RENDAH
Mata Pelajaran Teras:
1.  Bahasa Melayu
2.  English Language
3.  Bahasa Cina (SJKC)
4.  Bahasa Tamil (SJKT)
5.  Mathematics
6.  Science
7.  Pendidikan Islam
8.  Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Wajib:
1.  Pendidikan Jasmani
2.  Pendidikan Kesihatan
3.  Pendidikan Seni Visual
4.  Pendidikan Muzik
Mata Pelajaran Tambahan:
1.  Bahasa Cina Komunikasi
2.  Bahasa Tamil Komunikasi
3.  Bahasa Arab Komunikasi
4.  Bahasa Iban (bermula tahun 3)
5.  Bahasa Semai (bermula tahun 3)

TAHAP 2 - Tahun 4 - 6
Mata Pelajaran Teras:
1.  Bahasa Melayu
2.  English Language
3.  Bahasa Cina (SJKC)
4.  Bahasa Tamil (SJKT)
5.  Mathematics
6.  Science
7.  Kajian Tempatan
8.  Pendidikan Islam
9.  Pendidikan Moral
10.             Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Mata Pelajaran Wajib:
1.  Pendidikan Jasmani
2.  Pendidikan Kesihatan
3.  Kemahiran Hidup
4.  Pendidikan Seni Visual
5.  Pendidikan Muzik
Mata Pelajaran Tambahan:
1.  Bahasa Cina Komunikasi
2.  Bahasa Tamil Komunikasi
3.  Bahasa Arab Komunikasi
4.  Bahasa Iban
5.  Bahasa Kadazandusun
6.  Bahasa Semai

Blog PIBG SK Marang 2015


SK Marang 29/01/2015 - Assalammualaikum. Blog SK Marang ini baru dibina bagi membolehkan ruangan pembelajaran serta apa jua perkara yang ada hubungkait dengan persekolahan anak-anak dapat dipaparkan bagi memenuhi kehendak pucuk pimpinan dalam usaha menaiktaraf dasar pembelajaran masa kini.

Diharap mendapat sokongan padu daripada semua pihak terutama ibu/bapa serta guru-guru Sekolah Kebangsaan Marang, Terengganu Darul Iman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...