Jumaat, 6 Februari 2015

Puteri cadang yuran PIBG ditanggung kerajaan


KUALA LUMPUR 6 Jan. – Pergerakan Puteri UMNO hari ini mencadangkan agar kerajaan menanggung sepenuhnya yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) anak mangsa-mangsa yang terjejas banjir bagi meringankan bebanan ibu bapa mereka.

Ketuanya, Datuk Mas Ermie-yati Samsudin berkata, langkah melegakan itu membolehkan peruntukan wang yang dikhaskan untuk membayar yuran PIBG dapat digunakan bagi memenuhi keperluan lain yang lebih mendesak selepas bencana berakhir.

“Jika yuran PIBG sekadar ditangguhkan, ibu bapa terutama mereka yang mempunyai anak yang ramai tetap menanggung bebanan itu dan tidak mampu untuk membayar pada bulan-bulan akan datang berikutan situasi sukar yang dihadapi dalam membina kehidupan baharu selepas kehilangan rumah dan harta benda akibat banjir.

Isnin, 2 Februari 2015

Peranan PIBG dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.

Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Banyak salah faham yang timbul antara kedua-dua belah pihak apabila berlakunya kejadian salah laku di kalangan pelajar.

Kebanyakan ibu bapa lebih percaya akan kata-kata dan acuman anak-anak berbanding fakta sebenar daripada pihak guru. Bertolak dari situlah mereka mulai memandang serong kepada guru. Guru sering kali disalahkan untuk segala yang berlaku di sekolah. Ini termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin di kalangan pelajar.

Ahad, 1 Februari 2015

Hukuman rotan perlu dididik, disiplinkan pelajar

KUALA LUMPUR - Hukuman merotan di sekolah perlu bagi mendidik dan mendisiplinkan pelajar, namun ia harus dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, tanpa hukuman rotan, pelajar yang nakal dan tidak berdisiplin sukar untuk dikawal dan boleh menjejaskan pembelajaran pelajar lain.
"Ada segelintir pelajar sangat degil, dia tidak mahu belajar, macam mana cara pun nak bimbing dia, dia tak mahu, menyebabkan pelajar lain tidak boleh belajar dan untuk itu, hukuman merotan adalah perlu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...