Jumaat, 30 Januari 2015

PERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG)



PENGENALAN

Peranan ibubapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sangat penting. Ini kerana bekerjasama daripada ibubapa dengan guru telah membawa banyak faedah dan kebaikan.

Antara faedah dan kebaikan yang dinyatakan adalah seperti membantu guru dengan lebih memahami tentang perkara kejiranan iaitu hubungan antara ibubapa, masyarakat dan sekolah. Selain itu, juga dapat menolong guru dalam mengurangkan klonflik dan ketegangan antara guru dengan ibubapa. Justeru itu, peranan ibubapa dalam PIBG dapat mewujudkan satu demokratik yang dapat mengawal pendidikan pada peringkat asas.

Tapi, kebaikan dan faedah yang dinyatakan tadi adalah secara sampingan sahaja.  Sebenarnya, peranan ibubapa dalam PIBG adalah untuk membantu pelajar-pelajar supaya dapat membelajari dengan lebih baik.

Menurut pencapaian pelajar lebih bermakna apabila kaum keluarga mereka juga turut berperanan dan melibatkan diri dalam mencapai kejayaan anak-anak mereka.


Pernyataan Masalah

Pelaksanaan PIBG di setiap sekolah adalah untuk memberi sumbangan kepada pelajar dan merapatkan kerjasama antara ibubapa, guru dan pihak sekolah. Kerjasama daripada ibubapa dalam PIBG adalah penting iaitu dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Tetapi keadaan ini mula berubah menjadi tidak mempunyai erti yang sebenar apabila ibubapa tidak memainkan peranan mereka dalam PIBG sekolah.

Objektif

Objektif yang ingin ditinjau dalam kajian ini adalah seperti berikut:

a. Mengenalpasti sejauh manakah ibubapa memainkan peranan mereka sebagai penjaga kepada anak-anak mereka.
b. Mengenalpasti sejauh manakah ibubapa memainkan peranan mereka sebagai ahli PIBG di sekolah.
c. Mengenalpasti sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam aktiviti PIBG sekolah.
d. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan disebabkan oleh tahap pencapaian akademik pelajar, umur, jantina, status perkahwinan, pekerjaan dan pendapatan responden terhadap penglibatan ibubapa dalam aktiviti PIBG sekolah.

Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengkaji peranan ibubapa dalam PIBG sekolah. Hasil kajian yang diperolehi digunakan untuk beberapa kepentingan. Antara kepentingan kajian adalah :

Kepentingan kepada PIBG

Kajian ini dapat meningkatkan kesedaran ibubapa terhadap peranan mereka dalam PIBG sekolah dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh ahli-ahli PIBG sekolah. Ia juga dijadikan sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh PIBG sekolah.

Kepentingan Kepada Guru

Guru-guru dapat mengenalpasti peranan ibubapa dan peranan sebagai ahli PIBG melalui kajian ini. Ia juga dapat menjalinkan hubungan baik antara guru dengan ibubapa.

Kepentingan Kepada Pentadbiran Sekolah

Kajian ini juga memberi matlamat yang boleh digunakan oleh pihak sekolah dalam merancang program PIBG yang berkesan dan dapat meningkatkan hubungan antara sekolah, guru-guru dan ibubapa.

Di samping itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber bahan kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah agar semua program yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dan dijadikan sebagai pencetus kepada pengkaji-pengkaji untuk mengkaji dengan lebih luas mengenai peranan Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG) di sekolah.

PERBINCANGAN

Daripada dapatan, didapati ibubapa memainkan peranan sebagai penjaga kepada anak-anak mereka pada tahap tinggi (min = 4.19). Analisis menunjukkan bahawa 98.9% daripada ibubapa pelajar bersetuju dengan peranan ibubapa kepada anak-anak adalah membantu anak-anak dalam pembinaan akhlak.

Menurut kajian lagi, ibubapa turut mempunyai peranan ke arah melaksanakan Wawasan Pendidikan iaitu membantu anak-anak mereka dari segi pembinaan sikap, tingkah laku, nilai dan akhlak.

Oleh itu, peranan ibubapa sebagai penjaga kepada anak-anak mereka dengan membantu anak-anak dalam pembinaan akhlak adalah penting untuk memudahkan perjalanan dan halatuju Wawasan Pendidikan.

Didapati 99.4% daripada ibubapa pelajar menyatakan bahawa sama-sama berusaha meningkatkan pelajaran anak-anak mereka (item 1) adalah peranan utama bagi seorang ibubapa (min = 4.63). Selain itu, terdapatnya 97.1% daripada ibubapa pelajar bersetuju dengan sentiasa mengikut perkembangan pelajaran anak-anak mereka (item 3) juga diambil sebagai peranan yang perlu diamalkan oleh ibubapa.

Daripada dapatan kajian tersebut, kita boleh mengatakan bahawa majoriti ibubapa adalah sangat mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Ini selari dengan dapatan kajian ke atas 90.2% daripada ibubapa bersetuju bahawa sebagai ibubapa perlu mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Justeru itu, ada juga melaporkan bahawa lebih daripada separuh responden dalam kajiannya bersetuju dengan kerjasama dalam kalangan guru dapat meningkat pencapaian pelajar.

Jadi, pihak sekolah haruslah mengambil perhatian        ke atas perkara tersebut supaya lebih ramai ibubapa dapat memainkan peranan mereka sebagai ibubapa bertanggungjawab dan secara tidak langsungnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar serta perkembangan sekolah.

Selain itu, peranan ibubapa seperti menjadi model kepada anak-anak (item 7) juga diambil sebagai peranan yang perlu diamalkan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka (min = 4.48).  Ini kerana ibubapa berperanan sebagai guru kepada anak-anak mereka dalam pendidikan informal dalam institusi keluarga, yang mana anak-anak mendapat pendidikan dari ibubapa mereka secara praktik dan teori sebagai ikutan serta sebagai contoh teladan kepada mereka. Walaupun mereka telah mendapat pendidikan formal dari guru dalam institusi persekolahan, ibubapa masih tetap berperanan sebagai model kepada anak-anak mereka. Oleh itu, sebagai ibubapa haruslah mengamalkan sikap, tingkah laku serta nilai yang baik supaya anak-anak mereka dapat diikuti dan dipelajari daripada mereka.

Dapatan daripada persoalan kajian 1, didapati ibubapa bersikap positif dengan membantu guru menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak (min=4.29). Di mana min skor daripada item tersebut adalah lebih tinggi daripada item yang menyatakan bahawa melibatkan diri sebagai sukarelawan dalam aktiviti sekolah (min=3.49). Sekali lagi dibuktikan bahawa ibubapa adalah lebih mengambil berat terhadap masalah pembelajaran anak-anak mereka berbanding dengan perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran dan pelajaran pelajar.

Tapi, di sini kita mengetahui bahawa kerjasama daripada ibubapa dan guru adalah diperlukan dan ia dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Ini disokong dengan kajian kes yang dilakukan ke atas pelajar didapati memperolehi keputusan yang baik dalam pelajaran apabila ibubapa turut menyertai dalam aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.

Selain itu, ada juga yang berpendapat sama bahawa kedua-dua belah pihak ibubapa dan guru-guru berganding bahu memainkan peranan masing-masing bagi membentuk diri pelajar, bukan sahaja daripada segi pencapaian akademik bahkan dalam pembentukan sosial.

Kefahaman ibubapa tentang peranan mereka sebagai ahli PIBG di sekolah adalah pada tahap min yang tinggi (3.78). Daripada analisis dapatan, didapati 92.4% daripada ibubapa pelajar bersetuju dengan berkongsi pendapat dengan guru serta maklumat mengenai cara terbaik mendidik anak (item 23) dan 0.6% daripada mereka menyatakan tidak bersetuju maka bakinya menyatakan tidak pasti.

Daripada dapatan kajian ini, jelaslah bahawa ibubapa berasa peranan untuk seorang ahli PIBG adalah sanggup berkongsi pendapat diri dengan guru agar dapat cara terbaik untuk mendidik anak-anak mereka. Ini selari dengan pendapat yang melaporkan bahawa para ibubapa menyatakan ibubapa sebagai rakan kongsi dalam membantu mendidik anak-anak (min = 4.22).

Daripada analisis dapatan, didapati 52.9% daripada ibubapa pelajar menyatakan memberikan pendapat dalam mesyuarat PIBG (item 14) adalah peranan bagi setiap ahli PIBG. Tetapi daripada dapatan kajian ini, didapati hanya 29.1% daripada ibubapa pelajar menyatakan bahawa sentiasa menghadirikan diri dalam mesyuarat agung PIBG (item 13) adalah peranan ahli PIBG.

Di mana kebanyakan daripada mereka menyatakan tidak pasti dalam item 13 (61%).  Maka dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa bilangan ibubapa yang ingin melibatkan diri dalam mesyuarat PIBG dan aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG adalah kurang.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang hadir dalam mesyuarat pula hanya segelintir sahaja yang ingin memberikan pendapat dalam mesyuarat, yang lain hanya hadir dan mendiamkan diri di tepi sahaja.  Pada hal, mereka mempunyai banyak komen dan aduan terhadap sekolah dan pelajar, tetapi mereka tidak berani menyuara kerana takut anak mereka akan diberikan layanan yang tidak adil daripada pihak sekolah atau guru pada masa akan datang.

Oleh itu, perkara ini telah menyebabkan salah faham di antara pihak sekolah, guru-guru dan ibubapa.  Malahnya menjejaskan perjalanan bagi program yang dianjurkan oleh persatuan.

Selain itu, didapati bahawa 46% daripada ibubapa pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan (item 15), 49.4% daripada mereka menyatakan tidak pasti dan hanya 4.7% daripada mereka menyatakan tidak setuju bahawa sebagai ahli PIBG perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti PIBG.

Sebenarnya, aktiviti PIBG diadakan untuk memberitahu ibubapa mengenai perkembangan pelajar-pelajar mereka di sekolah. Sehubungan itu, ibubapa mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui perkara yang berlaku di sekolah.

Maka dengan melalui saluran ini, ibubapa berpeluang berbincang segala keperluan dan masalah melalui aktiviti PIBG sekolah. Jadi sebagai ahli PIBG perlu mengambil perhatian terhadap penglibatan mereka dalam aktiviti yang dijalankan supaya objektif setiap program dapat dicapaikan dan motivasi pelajar dalam minat belajar dapat dipertingkatkan.

Pada pandangan saya, perkembangan sesebuah sekolah dan pelajar juga bergantung kepada pihak luar seperti sumbangan masyarakat, kerjasama ahli persatuan dan juga penglibatan ahli dalam persatuan.

Daripada analisis dapatan kajian, ibubapa pelajar berpandangan positif terhadap item menjelaskan bayaran yuran PIBG dalam masa yang ditetapkan (3.73) dan membantu mendapatkan sumbangan kewangan bagi PIBG (3.71). Ibubapa bersetuju bahawa antara kedua-dua peranan tersebut adalah peranan yang perlu diamalkan oleh setiap ahli PIBG. Dana atau sumber adalah penting untuk sekolah dan sesuatu persatuan.

Ini kerana dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk mengerakkan sekolah atau persatuan ke arah yang lebih maju dan gemilang.  Selain itu, yuran yang dibayar oleh ibubapa adalah untuk kebajikan pelajar bukan saja untuk kegunaan sekolah atau persatuan. Di mana pungutan derma atau yuran daripada ibubapa, orang kenamaan, syarikat atau firma akan dijadikan sumber kewangan persatuan dan sebagai pembiayaan projek untuk sekolah.

Secara langsungnya pelajar akan dapat menikamati faedah daripada itu. Jadi pada pandangan saya, pemansuhan yuran tahunan sekolah adalah lebih bermakna jika yuran PIBG yang kini berbeza-beza diselaraskan.

Dapatan menunjukkan bahawa peranan ibubapa sebagai ahli PIBG di sekolah adalah tinggi. Tetapi masalah yang timbul di sini adalah adakah ibubapa memainkan peranan mereka sebagai ahli PIBG dengan sepenuh kepada sekolah.

Di mana peranan ibubapa sebagai ahli PIBG adalah penting iaitu dapat memberi kesan positif kepada pembangunan pelajar-pelajar dan sekolah dengan secara langsung dan tidak langsung.  Bagi perkara yang secara langsung, peranan ibubapa dalam sekolah dapat membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah seperti masalah disiplin dan kelakuan pelajar.

Secara tidak langsung ibubapa dapat meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka sekiranya mereka sanggup melibatkan diri dalam aktiviti sekolah dan aktiviti PIBG. Di mana penglibatan ibubapa dalam sekolah dan aktiviti PIBG adalah penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ibubapa kurang melibatkan diri dalam aktiviti adalah disebabkan oleh pengaruh kesibukan dengan kerja seharian.

Dapatan ini turut disokong dimana sememangnya kebanyakan ibubapa sibuk dan lebih mengutamakan pekerajaan harian daripada tanggungjawab memahami pendidikan anak-anak mereka.

Sementara itu, ada juga menyatakan bahawa separuh PIBG tidak dapat memberikan sumbangan yang sepatutnya apabila ibubapa tidak hadir dalam mesyuarat agung PIBG.  Di mana, kebanyakan ibubapa tersebut memberikan alasan bahawa diri sibuk dengan tugas harian masing-masing untuk mengelakkan diri daripada hadir ke mesyuarat.

Selain itu, disebabkan aktiviti PIBG diadakan pada hari biasa menyebabkan ibubapa pelajar tidak dapat meluangkan masa untuk melibatkan diri.  Manakala peratusan ibubapa yang menyatakan kadang-kala bahawa mereka mungkin dapat menghadirkan diri dalam aktiviti PIBG sekolah adalah lebih tinggi berbanding dengan peratusan yang menyatakan kerap.  Ini kerana kebanyakan ibubapa sibuk pada hari bekerja dan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pelepasan daripada majikan.

Oleh itu, mereka tidak dapat memastikan bahawa mereka dapat menghadiri diri atau tidak dalam aktiviti PIBG sekolah. Ibubapa tidak mahu bersuara dalam mesyuarat (item 32) juga merupakan salah satu sebab yang menyebabkan mereka kurang melibatkan diri dalam aktiviti PIBG sekolah.

Iaitu sebanyak 17.4% daripada ibubapa pelajar kerap tidak mahu bersuara dalam mesyuarat PIBG, di mana 47.1% daripada mereka menyatakan “kadag-kala” dan 35.5% menyatakan tidak pernah dalam item tersebut (min=1.82).  

Dapatan ini disokong oleh temu bual antara pengkaji dengan guru beliau menyatakan bahawa kebanyakan ibubapa pelajar yang kerap tidak mahu bersuara dalam mesyuarat PIBG adalah kerana mereka jarang melibatkan diri dalam mesyuarat yang diadakan.

Namun begitu, terdapat juga ibubapa yang jarang menghadirikan diri dalam mesyuarat yang diadakan tetapi bersuara banyak sekiranya hadir dan membangkang usul yang dilaksanakan. Sikap segelintir ibubapa yang sebegini akan menimbulkan banyak masalah kepada persatuan.

Oleh itu, perkara-perkara tersebut telah dijadikan sebagai penghalang kepada PIBG sekolah dalam menganjurkan program atau aktiviti.

Analisis dapatan menunjukkan 19.8% daripada ibubapa pelajar menyatakan bahawa mereka kerap tidak melibatkan diri dalam aktiviti PIBG kerana isteri atau suami sendiri tidak mahu turut serta dalam aktiviti PIBG (item 35), malahnya 47.7% daripada mereka menyatakan kadang-kala tidak ingin melibatkan diri sebab suami atau isteri sendiri tidak mahu turut serta dan selebihnya menyatakan tidak pernah.

Melalui dapatan ini, kita boleh merumuskan bahawa ibubapa kurang melibatkan diri dalam aktiviti PIBG sekolah kerana dipengaruhi oleh suami atau isteri sendiri. Ini juga menunjukkan bahawa kehadiran ibubapa dalam aktiviti PIBG sekolah adalah kurang memuaskan.  

Sebenarnya, penglibatan kedua-dua ibu dan bapa dalam aktiviti adalah penting. Ini kerana penglibatan mereka akan membawa perubahan terhadap PIBG dan meningkatkan pencapaian akademik serta kemajuan pelajar dapat dipertingkatkan.  

Jadi, saya berasa sebagai ibubapa atau ahli PIBG perlu mengamalkan nilai sanggup berkorban.  Contohnya berkorban masa untuk bersama dengan anak-anak mereka akan dapat melahirkan anak-anak yang baik dan cemerlang.

Selain itu, dapatan kajian menunjukkan 9.9% daripada ibubapa pelajar kerap menyatakan segan untuk mengeluarkan pendapat semasa mesyuarat (item 27), di mana 50% daripada mereka menyatakan kadangkala berasa segan untuk mengeluarkan pendapat semasa mesyuarat dan 40.1% daripada mereka pula menyatakan tidak pernah berasa segan untuk mengeluarkan pendapat semasa mesyuarat.

Sikap segan bagi ibubapa dijadikan sebagai penghalang kepada PIBG dalam memajukan persatuan. Beliau menyatakan kebanyakan ibubapa pelajar sekolah segan mengeluarkan pendapat semasa mesyuarat, kerana kebanyakan daripada mereka tidak biasa bercakap        di hadapan ramai dan berasa risau jika tersalah cakap.

Faktor segan ini wujud kemungkinan besar kerana mereka bersikap pasif dan tidak ingin mencuba berkomunikasi dengan pihak sekolah walaupun     guru-guru. Jadi menyebabkan mereka berasa malu semasa bercakap di hadapan ramai dan mengakibatkan mereka tidak berani datang ke sekolah lagi.

Analisis item 26 iaitu ibubapa kurang berminat terhadap masalah sekolah menunjukkan nilai min pada tahap sederhana (1.79).  Nilai min ini menunjukkan ibubapa kurang berminat terhadap masalah sekolah menyebabkan mereka kurang melibatkan diri dalam aktiviti PIBG.

Ada juga pendapat menyatakan bahawa ibubapa tidak hadir dalam mesyuarat agung PIBG kerana mereka kurang mengambil berat terhadap sekolah. Ini kerana ibubapa adalah lebih berminat terhadap kepentingan pendidikan anak-anak mereka apabila berbanding dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Oleh itu, mereka kurang bertanya masalah-masalah seperti membaiki bengkel atau makmal sekolah, masalah kekurangan tenaga mengajar, kekurangan kelengkapan dan sebagainya di sekolah.

Namun begitu, terdapatnya banyak masalah pelajaran atau sosial berlaku dalam kalangan pelajar yang ibubapa mereka tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti sekolah serta tidak menunjukkan reaksi positif terhadap permasalahan sekolah.

Contohnya pelajar mengalami kecederaan dalam bengkel kerana masalah kekurangan kelengkapan dan peralatan. Ini kerana ibubapa merasa perkara-perkara yang dinyatakan tersebut adalah tanggungjawab sekolah dan kementerian bukannya pada mereka.

Perkara ini adalah selari dengan dapatan kajian iaitu ibubapa adalah lebih berminat untuk hadir dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PIBG sekiranya aktiviti tersebut mempunyai kepentingan dari segi akademik sahaja.

Dapatan-dapatan kajian di atas bukan sahaja menunjukkan sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam aktiviti PIBG sekolah malahnya juga menggambarkan PIBG tidak aktif dalam usaha meningkatkan kesedaran ibubapa terhadap kepentingan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diadakan              di sekolah.

Kajian ini didapati tidak terdapatnya perbezaan signifikan disebabkan oleh tahap pencapaian akademik pelajar, umur, jantina, status perkahwinan, pekerjaan dan pendapatan responden terhadap penglibatan ibubapa dalam aktiviti PIBG sekolah.

Secara rumusannya, tahap pencapaian akademik pelajar, umur, jantina, status perkahwinan, pekerjaan dan pendapatan ibubapa tidak mempengaruhi skor penglibatan ibubapa dalam aktiviti PIBG sekolah.

RUMUSAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru atau ringkasnya PIBG adalah satu organisasi yang dibentuk oleh pihak pentadbir institusi pendidikan atau sekolah dengan kerjasama ibubapa di mana anak-anak mereka belajar    di institusi pendidikan atau sekolah berkenaan.

Matlamat asal penubuhan PIBG adalah untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid, agar mereka di sekolah berkenaan memperolehi faedah yang maksimum daripada kemudahan-kemudahan pendidikan yang telah disediakan.

Setiap ahli sepatutnya menghormati perjalanan PIBG dengan memberikan kerjasama yang teguh dengan menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Ramai dalam kalangan ibubapa berpendapatan bahawa peranan utama untuk ibubapa kepada anak-anak mereka adalah membantu anak-anak dalam pembinaan akhlak.

Justeru itu, ibubapa juga ingin berusaha bersama-sama dengan guru untuk meningkatkan pelajaran anak-anak kerana mereka berasa ini merupakan salah satu peranan yang perlu ditekankan oleh ibubapa pada masa sekarang.

Sementara itu, daripada dapatan kajian menunjukkan segelintir ibubapa berasa melibatkan diri sebagai sukarelawan dalam aktiviti sekolah tidak dikenalikan sebagai peranan ibubapa kepada anak-anak mereka. Tetapi sebagai ibubapa perlulah berkelakuan sopan dan baik supaya dapat menjadi model yang baik kepada anak-anak mereka.

Berdasarkan dapatan kajian yang didapati, sebagai ahli PIBG sekolah perlu berperanan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG untuk berkongsi pendapat dengan guru serta maklumat yang mengenai cara terbaik bagi mendidik anak-anak mereka.

Selain daripada itu, ibubapa yang memainkan peranan dalam PIBG sekolah dapat memastikan anak-anak mereka dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh sekolah. Kelas tambahan yang diadakan oleh sekolah juga turut mendorong ibubapa supaya lebih berperanan dalam aktiviti PIBG di sekolah.

Dapatan kajian menunjukkan ibubapa pada masa sekarang adalah kurang berperanan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PIBG sekolah. Ramai daripada ibubapa menghadapi masalah seperti tiada masa yang terluang kerana sibuk dengan kerja seharian menyebabkan mereka tidak hadir dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PIBG.

Selain daripada itu, suami (bapa) atau isteri (ibu) tidak mahu turut menyertai aktiviti PIBG sekolah menyebabkan ibubapa kurang berperanan dalam aktiviti PIBG sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...