Sabtu, 31 Januari 2015

Pelajar boleh tangguh bayar buku, yuran PIBG


KUANTAN - Pelajar yang terjejas dengan banjir diberi kelonggaran untuk menangguhkan pembayaran buku sekolah dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah masing-masing, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching.

"Pelajar terbabit boleh menangguhkan bayaran itu dan ia boleh dijelaskan kemudian.

Pihak sekolah tetap akan memberi buku-buku yang diperlukan itu terlebih dahulu kepada pelajar terbabit khususnya di daerah terjejas untuk kegunaan sesi awal pembelajaran mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Kementerian Pendidikan menyedari kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir dan sehubungan itu bantuan buku teks akan diberikan terlebih dahulu bagi melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaaan St Thomas, Kuantan bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Rosdi Ismail.


Biarpun berhadapan dengan serba kekurangan seperti ketiadaan kerusi dan meja untuk sementara atau pakaian sekolah, beliau berharap pelajar tetap meneruskan persekolahan dengan penuh semangat. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...